Senin, 15 Oktober 2012

ewahana

ewahana


Kesan DZIKIR Terhadap Otak Manusia

Posted: 14 Oct 2012 02:42 AM PDT

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim … Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu, ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Otak Manusia

Semua aktivititas yang kita lakukan dan kepahaman atau ilmu yang kita peroleh adalahhasil daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh karena itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktivititas saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif .. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeda dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak seperti ini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian ilmiah yang dilakukan terhadap subyek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktivititas otak manusia secara tidak sadar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu buah perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bagian berbeda adari otak menunjukkan peningkatan aktivititas saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi sebuah perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktivititas saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila sebuahi perkataan baru diberikan kepada mereka, aktivititas saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika ilmuwan Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

.. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya ….

Wallahu'alam bishshawab, ..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, …

Sumber :Facebook

 

ewahana artikel lainnya

The post Kesan DZIKIR Terhadap Otak Manusia appeared first on ewahana.

0 komentar :

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls